Syarat untuk menjadi ahli
Pegawai Teknologi Maklumat yang berkhidmat dalam Kerajaan Malaysia.
Cara mendaftar sebagai ahli
- Muat turun borang keahlian
- Lengkapkan borang keahlian
- Hantar borang keahlian kepada Setiausaha PERJASA
- Bayar yuran penyertaan
- Dapatkan nombor ahli PERJASA
1) Muat turun borang keahlian
Borang keahlian adalah di dalam format .doc. Anda memerlukan perisian word processor untuk membukanya. Muat turun Borang Keahlian PERJASA
2) Lengkapkan borang keahlian
Anda boleh mengisi borang keahlian secara soft copy dan hantarkannya melalui e-mel. Anda juga boleh mencetak dan mengisinya secara manual dan menghantarnya melalui fax.
3) Hantar borang keahlian kepada Setiausaha PERJASA
Hantar borang keahlian yang telah diisi kepada Setiausaha PERJASA untuk diproses sama ada melalui e-mel atau fax.
4) Bayar yuran penyertaan
Yuran penyertaan adalah RM34 (Bayaran tahunan=RM24, Bayaran pendaftaran=RM10). Anda boleh membuat pembayaran atas nama PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM (PERJASA)di CIMB Bank (No akaun 16010000489109). Sila emailkan bukti pembayaran kepada Bendahari PERJASA (
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
).
5) Dapatkan nombor ahli PERJASA
Selepas mendaftar, anda layak mendapat nombor keahlian PERJASA anda daripada Setiausaha PERJASA. Semakan boleh dibuat di pautan http://perjasa.org.my/pendaftaran/semakan-keahlian
|