Status Permohonan Teknologis Profesional

Jawatankuasa PERJASA telah mengadakan perjumpaan dengan pihak Lembaga Teknologis Malaysia. Kami dimaklumkan, pihak MBOT tidak lagi menerima permohonan secara fast trek semenjak bulan Jun 2018. Kelulusan yang terakhir adalah sehingga Ogos 2018.

Permohonan selepas tempoh di atas perlu mendaftar sebagai Teknologis Bergraduat (Graduate Technologist) dan kemudian memohon untuk menjadi Teknologis Profesional. Permohanan ke Teknologis Profesional perlu melalui proses penilaian dan temuduga.  


PERJASA tidak lagi akan menghantar permohonan ahli kepada MBOT, sebaliknya permohonan akan dihantar sendiri oleh ahli menggunakan sistem baharu melalui portal MBOT.


Bagi Ahli yg telah mendapat kelulusan MBOT disarankan supaya membuat bayaran seberapa segera untuk proses memberikan keahlian MBOT sebelum sebarang keputusan lanjut seperti perlu memohon semula.


Setiap tahun, ahli MBOT diminta untuk membayar yuran tahunan untuk kekal sebagai Ahli MBOT berdaftar dengan bayaran RM200.


Digalakkan semua ahli yang telah diiktiraf sebagai Teknologis Profesional untuk menggunakan gelaran P.Tech (di belakang nama) atau Ts. (di hadapan nama) untuk urusan rasmi pada surat, kontrak, acara rasmi, kad nama dan sebagainya.

BIRO PROFESIONAL PERJASA