Sesi Perjumpaan Bersama Wakil PERJASA, KPPTM dan CTSU Bersama YBhg Ketua Pengarah MAMPU pada 28 Januari 2019

Sesi Perjumpaan Bersama Wakil PERJASA, KPPTM dan CTSU Bersama YBhg Ketua Pengarah MAMPU pada 28 Januari 2019

PERJASA diwakili oleh Tn Hj Ahmad Bin Osman (Presiden) dan Ts Mohamed Hairul Othman (Exco Perjasa).

Perjumpaan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah yang turut disertai oleh YBhg Dr Suhazimah Dzazali (TKP), YBhg Dato’ Azlan Johar (Pengarah BKP), YBhg Dr Mohd Zabri Yusoff (Pengarah Bhg Penyelidikan Pengurusan), Pn Susie Dorai Raj (Pengarah Bhg Perundingan ICT), En Ahmad bin Daud (Pengarah Bhg Strategi & Arkitektur) dan Pentadbiran MAMPU.

Objektif perjumpaan adalah bagi membincangkan cadangan penubuhan Agensi Digital Sektor Awam (PSDA). Selain daripada itu, banyak perkara turut diutarakan oleh wakil setiap persatuan meliputi isu berkaitan kebajikan, kompetensi, profesionalisma, kemajuan kerjaya, termasuk isu perjawatan di agensi negeri. Bagi pihak YBhg Dato’ Dr KP, semua cadangan diambil maklum dan akan diteliti dengan terpeinci. Selain daripada itu, YBhg Dato’ Dr KP turut menjelaskan bahawa keputusan melibatkan beberapa perkara kritikal akan dibuat secara quick win selain daripada beberapa isu yang memerlukan penilitian lanjut untuk kajian dengan lebih komprehensif. 

PERJASA menyambut baik keterbukaan YBhg Dato’ Dr KP untuk memberikan komitmen terhadap segala isu yang dibangitkan termasuk melibatkan PERJASA bagi membuat projection bagi keseluruhan Skim F. Disamping itu, beliau turut bersetuju perjumpaan secara berkala diadakan bagi memastikan segala isu dapat ditangani dengan sebaiknya. Rakan2 F juga diharapkan agar dapat terus melengkapkan pengisian SPK bagi membantu proses perancangan kerjaya bagi memastikan bidang tugas seiring dengan kemahiran dan kepakaran masing2.