Sejarah

Sejarah PERJASA

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai PERJASA mula ditubuhkan pada 20 Oktober 1985 apabila mesyuarat agung yang pertama telah diadakan di INTAN, Jalan Elmu. Seranai 76 orang Juruanalisa Sistem (JAS) telah hadir dalam mesyuarat agung ini dimana YM Raja Malek Raja Mohamed (kini Dato’ Dr.) ¬†telah dipilih sebagai presiden pertama.

Pendaftaran PERJASA telah diterima oleh pendaftar pertubuhan pada tahun 1986.

Pada masa ini, terdapat lebih kurang 2500 orang Pegawai Teknologi Maklmumat dalam sektor awam dan 80% daripada mereka adalah ahli PERJASA.

PERJASA telah diiktiraf sebagai Persatuan Ikhtisas  oleh Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam pada 30 Mei 2014.

Mantan Presiden

1985/1986 – 1993/1995 : Dato’ Dr. Raja Malik Raja Mohamad

1986/1987 : En. Mior Sharifuddin Mior Shaharudin

1987/1993 – 1995/2002 : Tuan Syed Muhammad Syed Hussain

2002/2004 : Dr. Mazlan Harun

2004/2007 : Tn Hj Sabri Omar

2007/2009 : En. Wan Rosdi Wan Dollah

2009/2011 : Dato’ Hj Mohamed Rosli bin Saad

2011/2017 : Pn. Azlina bt Azman

2017 – sekarang : Encik Ahmad bin Osman