Perlembagaan PERJASA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM, KUALA LUMPUR

1.NAMA
2.ALAMAT TEMPAT URUSAN BERDAFTAR
3.ISTILAH
4.OBJEKTIF
5.KEAHLIAN
6.YURAN BAGI AHLI BIASA DAN AHLI BERSEKUTU
7.PEMBERHENTIAN/PEMECATAN KEAHLIAN
8.MESYUARAT AGONG
9.KEHADIRAN DAN KORUM
10.JAWATANKUASA
11.PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
12.MESYUARAT JAWATANKUASA
13.AKAUN BANK
14.TAHUN KEWANGAN
15.PENASIHAT/PENAUNG
16.PEMERIKSA KIRA-KIRA
17.PINDAAN UNDANG-UNDANG
18.LARANGAN-LARANGAN

 

1. NAMA

Persatuan ini dikenali sebagai PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM, KUALA LUMPUR atau dengan nama ringkasnya PERJASA.

2. ALAMAT TEMPAT URUSAN BERDAFTAR PERSATUAN

Pusat Latihan Komputer,Institut Tadbiran Awam Negara,
Jalan Elmu,
59700 Kuala Lumpur.

dan ianya tidak akan dipinda melainkan dengan kebenaran terlebih dahulu dari Pendaftar Pertubuhan.

 

3. ISTILAH

3.1 Juruanalisa Sistem ialah pegawai yang dilantik ke dalam skim perkhimatan Juruanalisa Sistem di Sektor Awam.

3.2 Persatuan bermakna Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam, Kuala Lumpur.

3.3 Jawatankuasa bermakna Jawatankuasa Pentadbir atau Pegawai Persatuan.

3.4 Harta Persatuan bermakna semua wang diterima melalui apa-apa yuran, sumbangan atau derma yang dibuat kepada Persatuan dan lain-lain harta benda yang telah dibeli atau diterima oleh Persatuan.

3.5 Sektor Awam bermakna Jabatan-Jabatan Persekutuan, Jabatan-Jabatan Negeri, Badan-Badan Berkanun Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Negeri dan Kuasa-Kuasa Tempatan.

4. OBJEKTIF

4.1 Mengeratkan perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran ahli-ahli persatuan.

4.2 Mengeratkan perhubungan di antara ahli dengan lain-lain pihak yang terlibat dengan penggunaan komputer.

4.3 Berusaha memastikan penggunaan sepenuhnya sumber tenaga kakitangan berkomputer dalam sektor awam.

4.4 Menjaga kebajikan ahli.

4.5 Menjalankan lain-lain usaha untuk kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya.

5. KEAHLIAN

Jenis-jenis keahlian adalah seperti berikut:

5.1 Ahli Biasa

5.1.1 Semua Juruanalisa Sistem / Pegawai Teknologi Maklumat yang berkhidmat dalam Sektor Awam.

5.1.2 Hak mengundi dan diundi diberikan kepada ahli jenis ini dan mereka juga boleh mendapatkan segala kemudahan yang diperuntukkan oleh persatuan ini.

5.2 Ahli Bersekutu

5.2.1 Semua Juruanalisa Sistem / Pegawai Teknologi Maklumat atau yang setaraf dengannya dalam Sektor Awam.

5.2.2 Ahli-ahli jenis ini boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tetapi mereka tidak ada hak mengundi dan diundi dalam mana-mana pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan.

5.2.3 Jika mana-mana ahli bertukar dari Sektor Awam ke Sektor Swasta ia secara automatik bertukar keahliannya kepada Ahli Bersekutu dan sebaliknya jika mana-mana ahli bertukar dari Sektor Swasta ke Sektor Awam ia juga secara automatik menjadi ahli biasa.

5.3 Ahli Kehormat

5.3.1 Ahli Kehormat boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang dianggap telah berjasa kepada pesatuan oleh jawatankuasa. Ahli-ahli Kehormat tidak akan dikenakan bayaran yuran.

5.3.2 Hak bagi keahlian ini, mereka boleh mendapat segala kemudahan yang diuntukkan kepada ahli-ahli lain tetapi tidak layak diundi dan mengundi dan juga tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa bagi persatuan.

5.4 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 (dua) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

6. YURAN BAGI AHLI-AHLI BIASA DAN AHLI BERSEKUTU

Yuran yang dikenakan untuk kedua-dua jenis keahlian di atas adalah sama iaitu:

6.1  Bayaran pendaftaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh)

6.2  Bayaran tahunan RM24.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat)

ATAU

Bayaran sekali gus  RM300.00 Ringgit Malaysia Tiga Ratus)

6.1 Bayaran pendaftaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh)

6.2  Bayaran tahunan RM24.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat) ATAU Bayaran sekali gus  RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus)


7. PEMBERHENTIAN/PEMECATAN KEHALIAN

7.1 Mana-mana ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli persatuan, mereka hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 (dua) minggu terlebih awal kepada Setiausaha persatuan dan membayar semua hutang-hutang kepada pesatuan (jika ada).

7.2 Mana-mana ahli yang bertindak dengan sabit tindakannya boleh mencemarkan nama pesatuan bolehlah dipecat dan pemecatan ini hendaklah beserta alasan bertulis dari pihak Jawatankuasa yang dihantar kepada yang dipecat itu.

7.3 Mana-mana ahli yang gagal membuat bayaran selepas 6 (enam) bulan selepas satu -satu tahun kewangan, tanpa apa-apa penjelasan atau memberi penjelasan yang tidak dapat diterima oleh pihak Jawatankuasa, maka Jawatankuasa berhak mengambil tindakan terhadap keanggotaannya, seperti:

7.3.1 Menggantung keahliannya

7.3.2 Melucutkan keahliannya

7.4 Mana-mana ahli yang telah dilucutkan keahliannya, bolehlah mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa dalam tempoh 2 (dua) minggu selepas tarikh perlucutannya atau pemecatannya boleh dibatalkan melalui Mesyuarat Agong jika terdapat sokongan ¾ dari ahli-a hli yang hadir.

8. MESYUARAT AGONG

8.1 Mesyuara Agong Biasa

8.1.1 Mesyuarat Agong ini adalah Mesyuarat Agong setahun sekali. Pemilihan Presiden, Naib Presiden, Bendahari, 7 (tujuh) orang Ahli Jawatankuasa Biasa serta 2 (dua) orang Pemeriksa Kira-kira akan dibuat 2 (dua) tahun sekali. Ahli-ahli akan dipanggil unt uk menghadiri Mesyuarat Agong ini dalam masa 3 (tiga) bulan selepas penutupan tahun kewangan.

8.1.2 Satu laporan tahunan, laporan kewangan tahunan dan agenda Mesyuarat Agong akan dihantar kepada setiap ahli pada masa tidak kurang dari 14 hari sebelum mesyuarat agong ini diadakan.

8.1.3 Agenda mesyuarat agong mestilah mengandung:

(i) laporan tahunan,

(ii) laporan kewangan,

(iii) pelantikan ahli-ahli jawatankuasa dan 2 (dua) orang Pemeriksa Kira-kira jika pelantikan diperlukan dalam tempoh 2 (dua) tahun sekali,

(iv) perkara-perkara yang ditentukan oleh Jawatankuasa, dan

(v) perkara-perkara berbangkit.

8.2 Mesyuarat Agong Luar Biasa

8.2.1 Mesyuarat Agong Luar Biasa ini dibuat bila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa.

8.2.2 Ianya boleh dijalankan atas permintaan ramai ahli dengan cara bertulis iaitu jumlah permintaan tidak kurang dari 1/5 (satu perlima) dari jumlah semua ahli yang layak mengundi, dengan menerangkan sebab-sebab dan tujuannya. Ianya hendaklah diadakan pada satu tarikh atau tempoh satu bulan selepas permintaan terhadap mesyuarat jenis ini.

8.2.3 Notis dan agenda Mesyuarat Agong Luar Biasa hendaklah dihantar kepada semua ahli, 14 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

9. KEHADIRAN DAN KORUM

9.1 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agong ialah setengah jumlah ahli atau 2 (dua) kali jumlah Ahli Jawatankuasa mengikut mana yang lebih kurang. Jika korum ini tidak mencukupi maka tarikh Mesyuarat Agong ini hendaklah ditunda ke suatu tarikh yang lain, iaitu tidak melebihi 14 hari selepas itu. Agendanya hendaklah sama seperti yang terdahulu. Keputusan boleh dibuat dalam Mesyuarat Agong yang telah ditunda itu tanpa mengira bilangan ahli yang hadir.

9.2 Jika Mesyuarat Agong Luar Biasa dibuat dan korum tidak mencukupi maka Pengerusi berhak untuk membatalkan mesyuarat itu (korum dan penangguhan bagi Mesyuarat Agong Luar Biasa ini adalah sama sepeti korum Mesyuarat Agong) tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agong Luar Biasa ini atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 (enam) bulan daripada tarikh itu Mesyuarat Agong Luar Bias a atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9.3 Kehadiran dalam Mesyuarat Agong boleh dibuat sama ada dengan keahlian sendiri atau secara ‘proxy’ di mana kehadirannya diwakilkan kepada ahli yang hadir dengan alasan bertulis. Setiap seorang yang hadir hanya dibenarkan membawa satu ‘proxy’ sahaja dan mereka akan menerima apa juga keputusan yang akan dibuat.

9.4 Seseorang Ahli Biasa cuma layak mempunyai satu undi sahaja, apabila terdapat persamaan undi maka hak membuat keputusan akan dipunyai oleh Pengerusi Mesyuarat Agong.

10. JAWATANKUASA

10.1 Perjalanan Persatuan akan dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa yang mengandungi seorang Presiden, seorang Naib Presiden, seorang Setiausaha, seorang Bendahari serta 12 (dua belas) orang Ahli Jawatankuaa Biasa. Semua Ahli Jawatankuasa dan Pegawai-pegawai yang menjalankan tugas memerintah adalah warga negara Malaysia. 10 (sepuluh) jawatan adalah dicadang, disokong dan dilantik menurut suara terbanyak di dalam Mesyuarat Agong dan Setiausaha serta 5 (lima) orang Ahli Jawatankuasa Biasa dilantik.

10.2 Di samping itu juga Jawatankuasa akan memilih wakil untuk setiap jabatan sektor awam dalam melicinkan lagi perjalanan Persatuan ini, mereka ini boleh dijemput menghadiri mesyuarat jawatankuasa tetapi tidak berhak mengundi.

10.3 Jawatankuasa juga berhak memilih seorang atau lebih ahli-ahli untuk mewakili Persatuan di dalam apa-apa juga perjumpaan atau fungsi yang difikirkan perlu.

11. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

11.1 Ahli Jawatankuasa akan dipilih melalui Mesyuarat Agong Biasa dan juga dilantik oleh Jawatankuasa.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah:
(i) Presiden
(ii) Naib Presiden
(iii) Bendahari
(iv) 7 (tujuh) Ahli Jawatankuasa Biasa

Ahli-ahli yang dilantik ialah:
(i) Setiausaha
(ii) 5 (lima) Ahli Jawatankuasa Biasa

Setiausaha dilantik oleh Presiden dan 5 (lima) Ahli Jawatakuasa Biasa dilantik oleh Jawatankuasa yang dipilih. Apabila terdapat kekosongan sebelum Mesyuarat Agong, maka kekosongan itu akan diisi oleh salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa yang ada, atau mengambil seorang daripada ahli biasa untuk memenuhi jawatan itu. Jawatankuasa hanya boleh melantik sehingga 6 (enam) orang ahli biasa bagi mengisi kekosongan Jawatankuasa kecuali jawatan-jawatan Presiden dan Bendahari. Jika terdapat kekoso ngan yang melebihi daripada itu maka Jawatankuasa yang ada boleh memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa.

11.1.1 Presiden

Betindak sebagai pemimpin dalam menggerakkan objektif-objektif Persatuan dan menjadi Pengerusi di dalam Mesyuarat Agong dan juga Mesyuarat Jawatankuasa.

11.1.2 Naib Presiden

Membantu dalam tugas-tugas Presiden serta bertindak sebagai Presiden jika Presiden tiada atas sebab-sebab yang tertentu. Jika kedua-duanya tiada pada masa yang sama, maka Jawatankuasa akan melantik seorang dari ahli jawatankuasa untuk memenuhi tugas mereka.

11.1.3 Setiausaha

Mentadbir segala urusan Persatuan serta bertugas untuk melicinkan perjalanan Persatuan. Ianya juga bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli yang lengkap dan menguruskan hal-hal surat-mesyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan.

11.1.4 Bendahari

Bertanggungjawab di atas hal ehwal kewangan Persatuan serta menguruskan akaun Persatuan dan resit-resit yang bersangkutan. Ia juga dikehendaki menyediakan Penyata Kewangan Tahunan serta penyata-penyata yang bersangkutan dengan Persatuan bagi sesuatu tahun kewangan.

11.1.5 Ahli Jawatankuasa Biasa

Membantu menjalankan tugas-tugas Persatuan.

11.1.6 Jawatankuasa Kecil

Jawatankuasa berhak untuk menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil dan memberi kepada mereka kuasa dan tugas-tugas yang difikirkan sesuai.

12. MESYUARAT JAWATANKUASA

12.1 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 (tiga) bulan.

12.2 Korum bagi mesyuarat ini ialah ½ (setengah) jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa.

12.3 Mana-mana Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir 3 (tiga) kali berturut-turut atas sebab-sebab yang tidak dapat diterima maka ia akan dilucutkan dari menjadi salah seorang dari Ahli Jawatankuasa dan ahli baru akan diambil daripada ahli biasa setelah mendapat persetujuan dari Jawatankuasa.

13. AKAUN BANK

13.1 Kewangan Persatuan hendaklah disimpan di dalam sebuah bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.

13.2 Akaun yang dibuat hendaklah di bawah nama Persatuan dan setiap cek-cek yang hendak dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh mana-mana 2 (dua) orang seperti di bawah:

(i) Presiden,

(ii) Setiausaha, dan

(ii) Bendahari.

13.3 Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa.

Perbelanjaan yang lebih daripada RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong terlebih dahulu.

Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu) bagi sesuatu masa bolehlah dilakukan oleh Presiden bersama Setiausaha atau Bendahari.

13.4 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendalah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agong setahun sekali yang berikutan dan sekurang-kurangnya hendaklah dibekalkan untuk pengetahuan ahli-ahli di alamat berdaftar.

14. TAHUN KEWANGAN

Bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember pada tahun yang sama.

15. PENASIHAT/PENAUNG

Jawatankuasa berhak memilih seseorang yang difikirkan benar-benar layak dan berkelibar untuk menjadi Penasihat atau Penaung Persatuan.

16. PEMERIKSA KIRA-KIRA

16.1 2 (dua) orang yang bukannya pegawai-pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agong dua (2) tahun sekali sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama 2 (dua) tahun dan boleh dilantik semula.

16.2 Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setiap tahun kewangan dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agong. Mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden bagi memeriksa kira-kira Persa tuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

17. PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang di atas tidak boleh dipinda kecuali terdapat permintaan ke atasnya dengan mendapat suara 2/3 (dua pertiga) dari jumlah ahli keseluruhannya. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan pindaan dan perubahan itu. Pindaan atau perubahan itu hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai dari tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

18. LARANGAN-LARANGAN

18.1 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

18.2 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

18.3 Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.

Comments are closed.