Perjumpaan YBhg Dato’ Ketua Pengarah MAMPU bersama Pegawai Kanan PTM

Hasil perjumpaan YBhg Dato’ Ketua Pengarah MAMPU bersama Pegawai Kanan PTM, YBhg Dato’ KP memaklumkan bahawa sebagai ketua perkhidmatan, beliau akan memastikan kompetensi dan kebajikan warga Skim F akan dipertingkatkan dan terpelihara.

Urusan perkhidmatan seperti pemangkuan, naik pangkat, pertukaran, penempatan dll sedang diuruskan secara berperingkat.

Berkaitan Kajian Pemusatan, sebahagiannya telah selesai dan sesi engagement akan dibuat dalam masa terdekat.

Berkaitan dengan Kajian Pengukuhan Tadbir Urus Pelan Pendigitalan, ia masih berjalan. Model-model dan amalan terbaik negara-negara terkehadapan sedang dilihat untuk dijadikan model tadbir urus di negara kita.

Pegawai Skim F tidak sepatutnya risau dan perlu terus menumpukan minda, tenaga dan usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada perkhidmatan awam. Dalam setiap cadangan daripada kerajaan, tidak ada orang yang akan tertindas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *