Pendaftaran

Syarat untuk menjadi ahli

Pegawai Teknologi Maklumat yang berkhidmat dalam Kerajaan Malaysia.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian atau secara manual.

Cara mendaftar sebagai ahli (secara atas talian)

1. Layari http://daftar.perjasa.org.my/daftar

2. Klik link permohonan ahli seperti gambar dibawah

 

1496048_10151883671093924_1112245803_o

 

3. Ikuti langkah yang diberikan dan lengkapkan semua medan.

4. Yuran penyertaan adalah RM34 (Bayaran tahunan=RM24, Bayaran Pendaftaran=RM10). Anda boleh membuat pembayaran atas nama PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM (PERJASA)di CIMB Bank (CIMB BANK: 8600304469).

5. Layari http://daftar.perjasa.org.my/daftar dan sila klik bukti pembayaran dan muat naik bukti pembayaran atau emailkan kepada Bendahari PERJASA (ajk@perjasa.org.my).

6. Tunggu email pengesahan.

Cara mendaftar sebagai ahli (manual)

  1. Muat turun borang keahlian
  2. Lengkapkan borang keahlian
  3. Hantar borang keahlian kepada Setiausaha PERJASA
  4. Bayar yuran penyertaan
  5. Dapatkan nombor ahli PERJASA

1) Muat turun borang keahlian

Borang keahlian adalah di dalam format .doc. Anda memerlukan perisian word processor untuk membukanya.
Muat turun borang keahlian

2) Lengkapkan borang keahlian

Anda boleh mengisi borang keahlian secara soft copy dan hantarkannya melalui e-mel. Anda juga boleh mencetak dan mengisinya secara manual dan menghantarnya melalui fax.

3) Hantar borang keahlian kepada Setiausaha PERJASA

Hantar borang keahlian yang telah diisi kepada Setiausaha PERJASA untuk diproses sama ada melalui e-mel atau fax.

4) Bayar yuran penyertaan

Yuran penyertaan adalah RM34 (Bayaran tahunan=RM24, Bayaran pendaftaran=RM10). Anda boleh membuat pembayaran atas nama PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM (PERJASA)di CIMB Bank (No akaun 8600304469). Sila emailkan bukti pembayaran kepada Bendahari PERJASA ( ajk@perjasa.org.my).

5) Dapatkan nombor ahli PERJASA

Selepas mendaftar, anda layak mendapat nombor keahlian PERJASA anda daripada Setiausaha PERJASA.

Comments are closed.