Pencalonan Wakil PERJASA

Satu perjumpaan YBhg Tan Sri KSN bersama Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00pm – 5.00pm
Tempat : Auditorium JPM

PERJASA telah diminta untuk mencalonkan 50 nama sebagai wakil ke perjumpaan tersebut. Oleh kerana tempat yang terhad, Barisan Jawatankuasa PERJASA akan memilih wakil-wakil yang difikirkan dapat membawa suara dan menggambarkan demografi Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam (memastikan ada wakil daripada kementerian, jabatan, agensi pusat, PSUK, agensi negeri dan lain-lain).

Tuan/puan dipohon mencadangkan nama pegawai yang difikirkan layak untuk hadir ke perjumpaan tersebut melalui pautanĀ http://bit.ly/perjumpaanKSN_pencalonan

50 pegawai yang terpilih akan dihubungi melalui email untuk tujuan pengesahan.

Barisan Jawatankuasa PERJASA juga bercadang untuk mengumpulkan cadangan/soalan/aspirasi yang ingin diajukan kepada YBhg Tan Sri. Cadangan/soalan/aspirasi yang paling banyak diajukan dan paling relevan dan bernas akan dikemukan kepada YBhg Tan Sri semasa perjumpaan tersebut.

Tuan/puan dipohon mencadangkan soalan / cadangan / aspirasi melalui pautanĀ http://bit.ly/perjumpaanKSN_cadangan

Cadangan/soalan/aspirasi daripada Tuan/Puan amat penting dan bermakna bagi masa hadapan skim kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *