Panggilan untuk Artikel Buletin PERJASA


Buletin PERJASA Bil 1/2019 akan diterbitkan pada minggu kedua bulan Mei ( 6 Mei 2019 / 1 Ramadan 1440 – Isnin). Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Dr./Tuan/Puan dipelawa untuk menghantar artikel selewat-lewatnya pada 4 Mei 2019 (Sabtu) untuk membolehkan sidang redaksi membaca dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum diterbitkan. 


Berikut adalah kreteria artikel :

  • Format : Text file atau Microsoft Word (.doc / .docx) sahaja
  • Panjang : Tidak kurang dari 200 patah perkataanSkop : Semua bidang dalam ICT
  • Jenis artikel : Perkembangan teknologi terkini, amalan terbaik, step-by-step instruction, kajian kes, mengimbas sejarah jabatan/kerajaan dalam teknologi, jangkaan masa hadapan dll.
  • Artikel yang di larang : Berunsurkan politik, mengkritik dasar kerajaan secara keras, berbaur lucah, menyentuh sensitiviti keagamaan dan perkauman, jauh menyimpang dari bidang ICT.
  • Bahasa : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Artikel yang telah siap hendaklah dihantar ke alamat email naim.ibrahim@gmail.com , naim.ibrahim@moha.gov.my dan jawatankuasa@perjasa.org.my . 

Sekian terima kasih.

Ts. MOHD NAIM BIN MOHD IBRAHIM
AJK PERJASA