NOTIS: MESYUARAT AGUNG PERJASA KE-24

Salam sejahtera..

Semua Ahli

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA)

YBhg. Dato’/Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

NOTIS: MESYUARAT AGUNG PERJASA KE-24

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.       Sukacitanya AJK Persatuan ingin menjemput YBhg. Dato’/Datin/ YBrs.Dr/ tuan/ puan untuk menghadiriMesyuarat Agung PERJASA Ke-24 seperti ketetapan berikut:

Tarikh           : 12 Disember 2019 (Khamis)

Masa            : 2.30 petang – 5.30 petang

Tempat         : Auditorium MaGIC, Cyberjaya

3.       Untuk makluman, Mesyuarat Agung ini adalah diadakan bersempena dengan PERJASA Fiesta 2019 pada tarikh yang sama. Sesi Technology Update yang bertema Sustainable Digital Government akan diadakan dari 9.00 pagi – 1.00 petang di lokasi yang sama manakala PERJASA Appreciation Night akan diadakan dari 7.30 malam – 10.30 malam di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Yuran penyertaan PERJASA Fiesta 2019 (ketiga-tiga program) adalah RM20.00 sahaja (termasuk percuma t-shirt AGM edisi khas) bagi ahli dan RM80.00 bagi bukan ahli. Nombor akaun PERJASA adalah CIMB 8600304469. Mohon emelkan slip bayaran kepada bendahari@perjasa.org.my untuk pengemaskinian status bayaran. Bersama-sama ini disertakan agenda PERJASA Fiesta 2019 untuk rujukan jua.

4.       Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/ YBrs.Dr/ tuan/ puan adalah dimohon untuk mengesahkan kehadiran atau mencalonkan Presiden Sesi 2010-2021 serta menyatakan usul melalui pautan https://tinyurl.com/agmPERJASA24 selewat-lewatnya pada 6 Disember 2019 jam 6.00 petang. Mohon pastikan yuran keahlian bagi tahun 2017-2019 telah dijelaskan agar layak untuk menghadiri Mesyuarat Agung ini. Semakan dan pengemaskinian maklumat ahli boleh dibuat melalui pautan http://ahli.perjasa.org.my/.

5.       Perhatian dan sokongan YBhg. Dato’/Datin/ YBrs.Dr/ tuan/ puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

(CHUA SWEE SUAN)

Setiausaha

PERJASA

Sesi 2017-2019