MESYUARAT AGUNG KE-22 PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM TAHUN 2015

YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,

 

MESYUARAT AGUNG KE-22 PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM TAHUN 2015

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke-22 Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) Tahun 2015 seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh
28 Mei 2015 (Khamis)

Masa
8.30 Pagi

Tempat
Hotel Bangi-Putrajaya (Dahulunya dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi)
Grand Ballroom
Off Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

3.        Mesyuarat Agung kali ke-22 ini amat penting bagi menentukan halatuju PERJASA kerana pemilihan Jawatankuasa Kerja bagi Sesi 2015-2017 akan diadakan. Bersama-sama dengan ini disertakan agenda Mesyuarat Agung seperti di Lampiran 1. YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan yang mempunyai usul dalam Mesyuarat Agung hendaklahmengemukakannya secara bertulis kepada Encik Syahmi bin Yusop (syahmi.yusop@jpa.gov.my) tidak lewat dari 20 Mei 2015 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Format usul adalah seperti di Lampiran 2. Sukacita diingatkan bahawa pemberi usul perlu membentangkan sendiri usul yang dikemukakan semasa mesyuarat tersebut.

 

4.        Selaras dengan pengiktirafan PERJASA sebagai salah satu pertubuhan di bawah Perintah Am 45,  Perintah-perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti), YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan  selaku ahli PERJASA boleh memohon pertimbangan untuk kelulusan cuti tidak berekod bagi menghadiri Mesyuarat Agung berlandaskan surat rujukan  JPA SARAAN (S)43/45 Klt.4 (13) bertarikh 30 Mei 2014 sebagaimana di Lampiran 3 di atas. Urusan mendapatkan sokongan dan kelulusan cuti adalah tanggungjawab YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan berdasarkan kepada pematuhan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.

 

5.        Setelah selesai Mesyuarat Agung,  program PERJASA pada 28 Mei 2015 akan diteruskan dengan dua (2) acara lain iaitu Sharing Session atau Sembang Senior PTM dan diakhiri dengan 30th Anniversary Dinner atau Majlis Makan Malam PERJASA.  Maklumat lanjut berkaitan dua (2) program ini akan dimaklumkan melalui hebahan dan promosi di laman web dan Facebook PERJASA. Sehubungan itu, bagi pihak Jawatankuasa Kerja PERJASA saya dengan rendah diri memohon kerjasama dan jasa baik YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk mewar-warkan Program 3 dalam 1 pada 28 Mei 2015 kepada semua ahli PERJASA di kementerian/jabatan/agensi YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan. Pengesahan kehadiran boleh dilaksanakan melalui URL http://bit.ly/agmperjasa

 

6.        Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan akan mengeratkan silaturrahim sesama ahli-ahli PERJASA dan bermanfaat kepada semua.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

SALMIZA SHAHRIMAN

Setiausaha PERJASA

Sesi 2013-2015

LAMPIRAN 1 – AGENDA AGM PERJASA KE-22 (28.05.2015)

LAMPIRAN 2 – BORANG USUL AGM PERJASA KE-22

LAMPIRAN 3 – SURAT KELULUSAN IKHTISAS PERJASA

Muat Turun Surat Jemputan

Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>