LATIHAN KESELAMATAN ICT “HACKING AND SECURITY VULNERABILITY MANAGEMENT” SEKTOR AWAM

latihan_keselamatan_tmk

Dimaklumkan bahawa MAMPU telah menerima tawaran tajaan bagi Latihan Keselamatan TMK bagi Sektor Awam iaitu: “Hacking And Security Vulnerability Management” daripada Syarikat Condition Zebra (M) Sdn.Bhd. Syarikat ini terlibat dalam perisian keselamatan TMK, perkhidmatan, pendidikan dan latihan semenjak tahun 2007. Tujuan latihan ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan strategi dan perancangan untuk melahirkan pegawai yang mahir dalam aspek keselamatan siber dalam 3 bidang (rangkaian, aplikasi dan mobil).
  • Meningkatkan kemahiran dan kepakaran secara hands on yang diberikan semasa sesi latihan.
  • Memberi pendedahan kepada pegawai menjalin komunikasi, networking dan mengetahui teknologi/produk pasaran terkini sedia ada di pasaran
  • Menggalakkan pegawai untuk mengembangkan kerjaya, lebih berinovatif dan kreatif menangani isu keselamatan siber pada masa akan datang.

Latihan akan diadakan sebanyak 3 sesi dan setiap sesi adalah selama empat (4) hari. Pada hari terakhir peserta akan menduduki peperiksaan bagi mendapatkan pensijilan. Modul latihan adalah seperti di Lampiran A.

 

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

Bookmark the permalink.

Comments are closed.