Kerjaya PTM

RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

SKOP TUGAS
(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;

(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;

(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;

(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan

(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

TIGA (3) BIDANG PENGKHUSUSAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
I – PENGURUSAN ICT

(a) Perancangan Strategik ICT
Bertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.

(b) Pengurusan Projek
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.

(c) Pengurusan Maklumat
Bertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumat
sesebuah organisasi.

II – PEMBANGUNAN SISTEM

(a) Analisis Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(b) Reka Bentuk Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(c) Pelaksanaan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.

(d) Penyelenggaraan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.

(e) Dokumentasi Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

III – KEPAKARAN TEKNIKAL

(a) Keselamatan ICT
i) Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
iii) Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.
iv) Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes.
v) Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

(b) Pengurusan Pusat Data
i) Mereka bentuk Pusat Data.
ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
iii) Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data.
iv) Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
v) Menguruskan operasi Helpdesk.

(c) Pengurusan Rangkaian
i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

(d) Pentadbiran Pangkalan Data
i) Mereka bentuk pangkalan data.
ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.

(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana
i) Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan audit
keselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologi
pengurusan keselamatan maklumat organisasi.

SUMBER: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2006

Comments are closed.