KEJOHANAN GOLF PIALA GCIO – PERJASA 2013

Bhg Dato/YBrs Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) pada julung kalinya akan menganjurkan Kejohanan Golf Piala GCIO – PERJASA 2013. Penganjuran kejohanan golf ini adalah merupakan salah satu aktiviti riadah yang dirancang untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli persatuan, pegawai-pegawai  ICT Sektor Awam dan Sektor Swasta.  Kejohanan golf tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

 

Tarikh         :        22 Disember 2013 (Ahad)

Masa           :        8.00 pagi

Tempat       :        Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Penyertaan:         RM100.00 seorang (PTM Ahli PERJASA)

                                    RM150.00 seorang (Pegawai Skim PTM Bukan Ahli PERJASA)

 

3.         Sehubungan dengan itu, penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli persatuan PERJASA dan pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat.  Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan yang perlu dilengkapi dan dikembalikan selewat-lewatnya pada 19 Disember 2013 sebelum jam 12 tengahari. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg Dato/YBrs Dr/Tuan/Puan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai di bawah.

 

Puan Masitah Abd Kadir           masitah@mmea.gov.my (03 – 8895 7504)

Puan Salmiza Shahriman           salmiza@mampu.gov.my (03 – 8872 3026)

En. Mohd Haizad Samian          haizad@mampu.gov.my (03 – 8872 5086)

Cik Nuur Anin binti Mahpar@Tahir  anin@mampu.gov.my (03 – 8872 6278)

 

4.       Semoga penyertaan  dan sokongan daripada YBhg. Dato’ / YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan akan dapat memeriahkan lagi kejohanan golf tersebut.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

GCIO GOLF 2013 PERJASA

Bookmark the permalink.

Comments are closed.