JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA PERJASA 2013

jamuan_raya_2013

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA PERJASA 2013

YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) akan meneruskan aktiviti tahunan iaitu penganjuran Majlis Hari Raya PERJASA. Majlis ini pada tahun 2013 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 6 September 2013 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengahari hingga 3.30 petang
Tempat : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api
63000 Cyberjaya

3. Sehubungan itu, PERJASA dengan besar hati menjemput semua pegawai Skim Teknologi Maklumat ke majlis ini. Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 3 September 2013 (Selasa) jam 5 petang melalui emel berikut:

Bil Nama Email

1. Encik Khairul Azrin Khairudin khairulazrin@mampu.gov.my

2. Cik Hazliana Talhar hazliana@apmm.gov.my

3. Puan Chua Swee Suan sweesuan@mampu.gov.my

4. Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati Allah s.w.t. hendaknya. Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

AZLINA AZMAN
Presiden PERJASA
Sesi 2013-2015

Bookmark the permalink.

Comments are closed.