JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERJASA 2019

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan Ahli PERJASA yang dikasihi sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa PERJASA akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perjasa pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 1 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 12.00 p.m – 3.00 p.m
Tempat : ASTANA BANQUET HALL, Cyberjaya

Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir dan membuat pengesahan kehadiran di pautan seperti berikut sebelum 27 Jun 2019 :

https://forms.gle/vgCvdbJGhRqRtp2A8

Semoga kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini dan mengeratkan silahturahim sesama kita.

“Ramadhan disyukuri
Syawal dirai
Yang pasti
Ukhwah abadi”

Panggilan untuk Artikel Buletin PERJASA


Buletin PERJASA Bil 1/2019 akan diterbitkan pada minggu kedua bulan Mei ( 6 Mei 2019 / 1 Ramadan 1440 – Isnin). Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Dr./Tuan/Puan dipelawa untuk menghantar artikel selewat-lewatnya pada 4 Mei 2019 (Sabtu) untuk membolehkan sidang redaksi membaca dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum diterbitkan. 


Berikut adalah kreteria artikel :

  • Format : Text file atau Microsoft Word (.doc / .docx) sahaja
  • Panjang : Tidak kurang dari 200 patah perkataanSkop : Semua bidang dalam ICT
  • Jenis artikel : Perkembangan teknologi terkini, amalan terbaik, step-by-step instruction, kajian kes, mengimbas sejarah jabatan/kerajaan dalam teknologi, jangkaan masa hadapan dll.
  • Artikel yang di larang : Berunsurkan politik, mengkritik dasar kerajaan secara keras, berbaur lucah, menyentuh sensitiviti keagamaan dan perkauman, jauh menyimpang dari bidang ICT.
  • Bahasa : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Artikel yang telah siap hendaklah dihantar ke alamat email naim.ibrahim@gmail.com , naim.ibrahim@moha.gov.my dan jawatankuasa@perjasa.org.my . 

Sekian terima kasih.

Ts. MOHD NAIM BIN MOHD IBRAHIM
AJK PERJASA

Sesi Perjumpaan Bersama Wakil PERJASA, KPPTM dan CTSU Bersama YBhg Ketua Pengarah MAMPU pada 28 Januari 2019

Sesi Perjumpaan Bersama Wakil PERJASA, KPPTM dan CTSU Bersama YBhg Ketua Pengarah MAMPU pada 28 Januari 2019

PERJASA diwakili oleh Tn Hj Ahmad Bin Osman (Presiden) dan Ts Mohamed Hairul Othman (Exco Perjasa).

Perjumpaan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah yang turut disertai oleh YBhg Dr Suhazimah Dzazali (TKP), YBhg Dato’ Azlan Johar (Pengarah BKP), YBhg Dr Mohd Zabri Yusoff (Pengarah Bhg Penyelidikan Pengurusan), Pn Susie Dorai Raj (Pengarah Bhg Perundingan ICT), En Ahmad bin Daud (Pengarah Bhg Strategi & Arkitektur) dan Pentadbiran MAMPU.

Objektif perjumpaan adalah bagi membincangkan cadangan penubuhan Agensi Digital Sektor Awam (PSDA). Selain daripada itu, banyak perkara turut diutarakan oleh wakil setiap persatuan meliputi isu berkaitan kebajikan, kompetensi, profesionalisma, kemajuan kerjaya, termasuk isu perjawatan di agensi negeri. Bagi pihak YBhg Dato’ Dr KP, semua cadangan diambil maklum dan akan diteliti dengan terpeinci. Selain daripada itu, YBhg Dato’ Dr KP turut menjelaskan bahawa keputusan melibatkan beberapa perkara kritikal akan dibuat secara quick win selain daripada beberapa isu yang memerlukan penilitian lanjut untuk kajian dengan lebih komprehensif. 

PERJASA menyambut baik keterbukaan YBhg Dato’ Dr KP untuk memberikan komitmen terhadap segala isu yang dibangitkan termasuk melibatkan PERJASA bagi membuat projection bagi keseluruhan Skim F. Disamping itu, beliau turut bersetuju perjumpaan secara berkala diadakan bagi memastikan segala isu dapat ditangani dengan sebaiknya. Rakan2 F juga diharapkan agar dapat terus melengkapkan pengisian SPK bagi membantu proses perancangan kerjaya bagi memastikan bidang tugas seiring dengan kemahiran dan kepakaran masing2.

Status Permohonan Teknologis Profesional

Jawatankuasa PERJASA telah mengadakan perjumpaan dengan pihak Lembaga Teknologis Malaysia. Kami dimaklumkan, pihak MBOT tidak lagi menerima permohonan secara fast trek semenjak bulan Jun 2018. Kelulusan yang terakhir adalah sehingga Ogos 2018.

Permohonan selepas tempoh di atas perlu mendaftar sebagai Teknologis Bergraduat (Graduate Technologist) dan kemudian memohon untuk menjadi Teknologis Profesional. Permohanan ke Teknologis Profesional perlu melalui proses penilaian dan temuduga.  


PERJASA tidak lagi akan menghantar permohonan ahli kepada MBOT, sebaliknya permohonan akan dihantar sendiri oleh ahli menggunakan sistem baharu melalui portal MBOT.


Bagi Ahli yg telah mendapat kelulusan MBOT disarankan supaya membuat bayaran seberapa segera untuk proses memberikan keahlian MBOT sebelum sebarang keputusan lanjut seperti perlu memohon semula.


Setiap tahun, ahli MBOT diminta untuk membayar yuran tahunan untuk kekal sebagai Ahli MBOT berdaftar dengan bayaran RM200.


Digalakkan semua ahli yang telah diiktiraf sebagai Teknologis Profesional untuk menggunakan gelaran P.Tech (di belakang nama) atau Ts. (di hadapan nama) untuk urusan rasmi pada surat, kontrak, acara rasmi, kad nama dan sebagainya.

BIRO PROFESIONAL PERJASA

PERJASA-Oracle Seminar: Unleashing Digital Transformation

Digital Transformation is no longer a question to Asia Pacific organizations. It has become a reality for all segments that are serious about staying relevant in the digital economy, including public sector. DX is a multiyear effort with specific goals and objectives, revenue growth, increase productivity and efficiency. Moreover DX involves a radical rethink of how to secure our data.

Not just about delighting customers with superior services and quality in real-time, governments agencies also need to become extremely agile and adaptable and ability to develop the right technological environment for continuous innovation.

Join PERJASA and Oracle (co-sponsored by Applied Business System (ABS) – Oracle Platinum Partner) in this exclusive invitation event designed to help you address the challenges that organizations face externally in your Digital Transformation journeys. Seats are limited at this exclusive event, so register now: http://bit.ly/seminarPERJASA before 20 Nov 2018 to secure your place.

Dress Code: SMART CASUAL

For Inquiries: ajk@perjasa.org.my / Felicia Chua 019 778 9139 / Wan Amishah 019 354 4042 / Hairul 019 240 4181

FireEye Malaysia Government Forum

FireEye dengan kerjasama PERJASA akan menganjurkan FireEye Malaysia Government Forum yang akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 16 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 8:30 am – 2:00 pm (Lunch Provided)
Tempat :Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Rakan-rakan PERJASA dipelawa untuk mendaftar dan seterusnya hadir ke forum ini.

——–

Pembentangan berkenaan keselamatan siber yang bertajuk “Evolving Beyond the ‘Prevention Only’ ” akan disampaikan oleh Encik Steve Ledzian, Senior Director, Systems Engineering, FireEye Southeast Asia.

Sesi simulasi krisi siber interaktif akan dipersembahkan oleh Encik Vivek Chudgar, Senior Director, Mandiant Consulting

Dan perbincangan panel yang bertajuk “Cyber Security in Digital Government Transformation” akan dibarisi oleh pakar keselamatan siber dan wakil dari Sektor Awam.

Pautan untuk pendaftaran : http://bit.ly/MyGovForum

Sesi Technology Update & Sambutan Hari Raya Aidilfitri

 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan Ahli PERJASA yang dikasihi sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa PERJASA akan mengadakan Sesi Technology Update & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perjasa pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 12 Julai 2018 (Khamis)
Masa : 11.00 a.m – 3.00 p.m
Tempat : ASTANA BANQUET HALL, Cyberjaya

Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir dan membuat pengesahan kehadiran di pautan seperti berikut sebelum 5 Julai 2018 :

https://goo.gl/forms/zxnOael4PyUrv9e62

Surat Jemputan Ke Sesi Technology Update & Sambutan Hari Raya Aidilfitri (klik untuk muat turun)

Semoga kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini dan mengeratkan silahturahim sesama kita.

“Ramadhan disyukuri
Syawal dirai
Yang pasti
Ukhwah abadi”

Dapur Ramadhan PERJASA

Objektif:
Mengeratkan hubungan Perjasa dgn masyarakat luar.

Tujuan:
Mengumpulkan sumbangan daripada ahli Perjasa bagi membeli keperluan dapur utk dimasak dan disalurkan ke institusi terpilih.

Sasaran Kutipan:
RM 2,000.00 (RM 200 sekali masak)

Institusi Terlibat:
1. Rumah Anak Yatim
2. Pusat Tahfiz

Setakat ini 4 institusi telah dikenalpasti di sekitar KL & Selangor. Nama tidak didedahkan atas permintaan institusi terbabit.

Kaedah Pelaksanaan:
Program dibuat secara usahasama Perjasa dan NGO. Kutipan drp sumbangan Ahli Perjasa akan disalurkan kepada team NGO tsbt utk urusan pembelian barang basah dan memasak. Ahli Perjasa yg berkelapangan boleh turut serta turun padang memberikan bantuan yg bersesuaian dan berbuka bersama.

Tarikh:
Ditetapkan kemudian

Pindahan Wang:
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank No 112802009722 (Luqman Subki). Letakkan Reference sbg ‘Dapur Ramadan Perjasa’ dan notifikasi ke emel luqman.subki@hotmail.com