LATIHAN KESELAMATAN ICT “HACKING AND SECURITY VULNERABILITY MANAGEMENT” SEKTOR AWAM

latihan_keselamatan_tmk

Dimaklumkan bahawa MAMPU telah menerima tawaran tajaan bagi Latihan Keselamatan TMK bagi Sektor Awam iaitu: “Hacking And Security Vulnerability Management” daripada Syarikat Condition Zebra (M) Sdn.Bhd. Syarikat ini terlibat dalam perisian keselamatan TMK, perkhidmatan, pendidikan dan latihan semenjak tahun 2007. Tujuan latihan ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan strategi dan perancangan untuk melahirkan pegawai yang mahir dalam aspek keselamatan siber dalam 3 bidang (rangkaian, aplikasi dan mobil).
  • Meningkatkan kemahiran dan kepakaran secara hands on yang diberikan semasa sesi latihan.
  • Memberi pendedahan kepada pegawai menjalin komunikasi, networking dan mengetahui teknologi/produk pasaran terkini sedia ada di pasaran
  • Menggalakkan pegawai untuk mengembangkan kerjaya, lebih berinovatif dan kreatif menangani isu keselamatan siber pada masa akan datang.

Latihan akan diadakan sebanyak 3 sesi dan setiap sesi adalah selama empat (4) hari. Pada hari terakhir peserta akan menduduki peperiksaan bagi mendapatkan pensijilan. Modul latihan adalah seperti di Lampiran A.

 

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

MESYUARAT AGUNG KE-22 PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM TAHUN 2015

YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,

 

MESYUARAT AGUNG KE-22 PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM TAHUN 2015

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke-22 Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) Tahun 2015 seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh
28 Mei 2015 (Khamis)

Masa
8.30 Pagi

Tempat
Hotel Bangi-Putrajaya (Dahulunya dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi)
Grand Ballroom
Off Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

3.        Mesyuarat Agung kali ke-22 ini amat penting bagi menentukan halatuju PERJASA kerana pemilihan Jawatankuasa Kerja bagi Sesi 2015-2017 akan diadakan. Bersama-sama dengan ini disertakan agenda Mesyuarat Agung seperti di Lampiran 1. YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan yang mempunyai usul dalam Mesyuarat Agung hendaklahmengemukakannya secara bertulis kepada Encik Syahmi bin Yusop (syahmi.yusop@jpa.gov.my) tidak lewat dari 20 Mei 2015 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Format usul adalah seperti di Lampiran 2. Sukacita diingatkan bahawa pemberi usul perlu membentangkan sendiri usul yang dikemukakan semasa mesyuarat tersebut.

 

4.        Selaras dengan pengiktirafan PERJASA sebagai salah satu pertubuhan di bawah Perintah Am 45,  Perintah-perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti), YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan  selaku ahli PERJASA boleh memohon pertimbangan untuk kelulusan cuti tidak berekod bagi menghadiri Mesyuarat Agung berlandaskan surat rujukan  JPA SARAAN (S)43/45 Klt.4 (13) bertarikh 30 Mei 2014 sebagaimana di Lampiran 3 di atas. Urusan mendapatkan sokongan dan kelulusan cuti adalah tanggungjawab YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan berdasarkan kepada pematuhan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.

 

5.        Setelah selesai Mesyuarat Agung,  program PERJASA pada 28 Mei 2015 akan diteruskan dengan dua (2) acara lain iaitu Sharing Session atau Sembang Senior PTM dan diakhiri dengan 30th Anniversary Dinner atau Majlis Makan Malam PERJASA.  Maklumat lanjut berkaitan dua (2) program ini akan dimaklumkan melalui hebahan dan promosi di laman web dan Facebook PERJASA. Sehubungan itu, bagi pihak Jawatankuasa Kerja PERJASA saya dengan rendah diri memohon kerjasama dan jasa baik YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk mewar-warkan Program 3 dalam 1 pada 28 Mei 2015 kepada semua ahli PERJASA di kementerian/jabatan/agensi YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan. Pengesahan kehadiran boleh dilaksanakan melalui URL http://bit.ly/agmperjasa

 

6.        Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan akan mengeratkan silaturrahim sesama ahli-ahli PERJASA dan bermanfaat kepada semua.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

SALMIZA SHAHRIMAN

Setiausaha PERJASA

Sesi 2013-2015

LAMPIRAN 1 – AGENDA AGM PERJASA KE-22 (28.05.2015)

LAMPIRAN 2 – BORANG USUL AGM PERJASA KE-22

LAMPIRAN 3 – SURAT KELULUSAN IKHTISAS PERJASA

Muat Turun Surat Jemputan

Jemputan perjumpaan diantara YBhg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Penjawat Awam Skim F

Sukacita dimaklumkan bahawa satu perjumpaan diantara YBhg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bsesama Penjawat Awam Skim F akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29 September 2014 (Isnin)
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Grand Ballroom, Hotel Equatorial, Melaka
2. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk hadir, dipohon untuk membuat pengesahan melalui pautan berikut http://bit.ly/PerjumpaanKPPA

3. Tempat adalah sangat terhad (300 yang terawal yang membuat pengesahan sahaja).

SEMINAR PEMBANGUNAN SISTEM SEKTOR AWAM : MENDEPANI CABARAN E-KERAJAAN MENERUSI TEKNOLOGI MASA HADAPAN

SIG1

 

SEMINAR PEMBANGUNAN SISTEM SEKTOR AWAM : MENDEPANI CABARAN E-KERAJAAN MENERUSI TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Objektif Seminar:
+ Memberikan maklumat berkenaan hala tuju trek pembangunan sistem kepada PTM
+ Memberikan perkongsian hasil kajian ilmiah berkenaan Interoperabiliti Sistem E-Kerajaan
+ Memberikan pendedahan kepada PTM tentang teknologi terkini yang digunakan bagi menghasilkan sistem e-Kerajaan yang matang
+ Mewujudkan kumpulan minat khusus pembangunan sistem (SIG) sebagai platform perkongsian maklumat & kolaborasi

Borang Pendaftaran Online http://bit.ly/1oP03fA

Agenda

8.30 Pendaftaran
9.00 Ucapan Perasmian & Kick-off SIG SD
9.30 Ucaptama E-Kerajaan Masa Hadapan
10.00 Minum pagi
10.30 Perkongsian Penyelidikan:
“E-Government System Interoperability Framework”
11.00 Technology Upate 1:
“Delivering Agile Software through SOA”
13.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
14.30 Technology Update 2:
“Case Study & Demostration”
16.00 Sesi Soal Jawab
16.30 Tamat

IT Unplugged Communication Series

itunplugged1

Date :
14.5.2014 (F41 & F44)
21.5.2014 (F41 & F44)
28.5.2014 (F48 to F54)

Registration : http://bit.ly/ITunplugged2014

 

“IT UNPLUGGED COMMUNICATION SERIES”

 

8.00 pagi      : Pendaftaran
8.15 pagi      : Taklimat Program
8.30 pagi      : Warming-up session : Self awareness
9.30 pagi      : Importance of Rapport and Relationship
10.30 pagi   : MinumPagi
11.00 pagi    : Ways to Overcome Conflicts in Communication
12.00 tgh      : Caselet study : Managing Conflicts
1.00 petang : Makan tengah hari
2.30 petang : Communication Practice and Role Play
4.30 petang : Penutup Program dan Pemberian Sijil Kehadiran