Sesi Libat Urus Pengurusan Tertinggi MAMPU Bersama Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam(PERJASA)

poster_libat_urus_pemusatanf (2)

Sesi Libat Urus Pengurusan Tertinggi MAMPU Bersama Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam(PERJASA)

Tarikh : 16 Mei 2017 (Selasa)

Masa : 2.00 petang – 4.00 petang

Tempat :
Dewan Serbaguna
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA),
Aras G, Blok 4G1, Wisma Tani
No. 28 Persiaran Perdana
Presint 4, Putrajaya

Sahkan kehadiran di pautan : http://bit.ly/pemusatanf

Surat jemputan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/suratpemusatanf

Tahniah Dato’ Sri Zainal Rahim sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

16114271_1265259840223825_942060383853272373_n

Dato’ Sri Zainal Rahim Bin Seman, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas perlantikan YBhg. Dato’ Sri sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, berkuatkuasa mulai 16 Januari 2017!

Pengiktirafan tertinggi ini merupakan pencetus inspirasi kepada penjawat awam khususnya Pegawai Teknologi Maklumat dalam usaha penyampaian perkhidmatan digital kepada Rakyat.

Dato’ Sri Zainal Rahim Bin Seman, hearty congratulations on your promotion to Director General of Public Service, effective from 16 January 2017!

Your well deserved accolade serves as an inspiration to all public servants especially ICT Officers in delivering digital services to the Rakyat.

President & EXCO PERJASA

PERTANDINGAN i-BOWLING PERJASA TAHUN 2016

bowling

PERTANDINGAN i-BOWLING PERJASA TAHUN 2016

Tempat: Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya.
Tarikh : 14 Februari 2016 (Ahad)
Masa :  9.30 pagi – 1.00 petang
Pendaftaran : http://bit.ly/bowlingperjasa

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

- Pertandingan terbuka kepada semua ahli PERJASA.
- Setiap kumpulan perlu terdiri daripada 4 orang ahli. Ahli kumpulan boleh merentasi gred (41 dan ke atas) dan agensi.
- Yuran pendaftaran sebanyak RM80 setiap pasukan perlu dibayar sebelum 27 Januari 2016 kepada akaun PERJASA (CIMB – 8600304469; Emel : ajk@perjasa.gov.my)
- Pemenang adalah dikira berdasarkan jumlah jatuhan pin keseluruhan kumpulan bagi kategori kumpulan dan jumlah jatuhan pin individu (Lelaki & Wanita) bagi kategori individu.
- Keputusan pertandingan adalah muktamad.

Sarjana Komputer Sains secara Pesisir, kemudahan kepada penjawat awam

Persoalan dari yang ingin sambung belajar

  1. 1.       Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana?
  2. 2.       Menunggu kuota tiba yang agak lama?
  3. 3.       Bersaing untuk temuduga sambung belajar?
  4. 4.       Kenaikan pangkat tertunda ketika sambung belajar?
  5. 5.       Masa belajar pada hari bekerja? Juga masa yang tak fleksibel?
  6. 6.       Biasiswa untuk sambung belajar?

 

Jawapan

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersedia membantu persoalan di atas.

 

  1. 1.    Kami menyediakan ruang yang baik kepada calon yang ingin belajar sama-ada

a.       Sambung belajar secara sepenuh masa (Bakal calon perlu memohon kelulusan majikan dan menghadiri temuduga sambung belajar). Tetapi, perkara ini dapat diatasi dengan:

b.      Sambung belajar secara pesisir (offshore).

i.      Sarjana pesisir kami adalah sarjana yang dilaksanakan pada hujung minggu, dan yang menyeronokkan kami akan datang mengajar di tempat tuan/puan. Jumlah pertemuan dan juga kualiti Pengajaran dan Pembelajaran adalah sama dengan Sarjana secara sepenuh masa”.

c.       Kursus yang kami tawarkan seperti pada lampiran.

  1. Tuan/Puan tidak perlu menunggu kuota untuk sambung belajar dari pihak majikan tuan memandang pembelajaran hanya dilaksanakan pada hujung minggu. Peperiksaan juga dilaksanakan pada hujung minggu. Staf kami akan menguruskan keperluan tuan/puan semasa tuan/puan sambung belajar. Pendek kata, tuan/puan tidak perlu ke UTeM. Hanya datang semasa konvokesyen sahaja.
  2. Tuan/puan tidak perlu untuk sesi temuduga sambung belajar jika tuan/puan majikan tuan/puan.
  3. Tuan/puan hanya menjadi pelajar secara sambilan, maka pembelajaran Sarjana ini tidak mengganggu masa kerja isnin-jumaat tuan/puan bersama majikan. Maka, tuan/puan dapat memberikan sumbangan pada majikan tuan/puan dan memenuhkan kriteria kenaikan pangkat.
  4. Ditegaskan di sini, kami juga menyediakan jadual yang fleksibel kepada tuan/puan. Bilangan jam kredit dan masa kelas boleh disesuaikan dengan masa tuan/puan.
  5. Untuk staf kerajaan, tuan/puan layak memohon untuk biasiswa MyBrain15. Biasiswa ini dapat meringankan beban tuan/puan.

Selain dari itu, kami menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan berketrampilan. Antara tenaga pengajar kami memiliki:

a.       Doktor Falsafah

b.      Prof, Prof Madya, Pensyarah Kanan

c.       Pengalaman mengajar lebih 5 tahun

d.      Sijil professional industry sepertiberikut:

 

i.    Oracle Forms Certified Professional  (OCP) Oracle 9i
ii.   IBM Certified Database Associate (OCA) DB2 Universal Database V8.1 Family
iii.  Oracle Certified Professional Version 8
iv.   Cisco Certified Network Associate
v.    Apple Foundation Trainer
vi.   Certified Information Technology Architect (IASA CITA-F)
vii.  Certificate in Fundamental Knowledge of IT Architecture (IASA)
viii. 1CITIZEN
ix.   Sun Java Certified Programmer
x.    CTFL (Certified  Testing  Foundation Level)
xi.   Certified SAP Consultant
xii.  ITIL Certified ( V3)
xiii. INFOSYS
xiv.  Certified Professional Requirements Engineering (IREB CPRE-FL)​
xv.   Malaysian Information Technology Professional Examination
xvi.  TRIZ level 1 Instructor
xvii. 1CITIZEN
xviii.Microsoft Certified Solutions Expert
xix.Dan Bilangan sijil-sijil professional bertambah dari masa ke semasa

LATIHAN KESELAMATAN ICT “HACKING AND SECURITY VULNERABILITY MANAGEMENT” SEKTOR AWAM

latihan_keselamatan_tmk

Dimaklumkan bahawa MAMPU telah menerima tawaran tajaan bagi Latihan Keselamatan TMK bagi Sektor Awam iaitu: “Hacking And Security Vulnerability Management” daripada Syarikat Condition Zebra (M) Sdn.Bhd. Syarikat ini terlibat dalam perisian keselamatan TMK, perkhidmatan, pendidikan dan latihan semenjak tahun 2007. Tujuan latihan ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan strategi dan perancangan untuk melahirkan pegawai yang mahir dalam aspek keselamatan siber dalam 3 bidang (rangkaian, aplikasi dan mobil).
  • Meningkatkan kemahiran dan kepakaran secara hands on yang diberikan semasa sesi latihan.
  • Memberi pendedahan kepada pegawai menjalin komunikasi, networking dan mengetahui teknologi/produk pasaran terkini sedia ada di pasaran
  • Menggalakkan pegawai untuk mengembangkan kerjaya, lebih berinovatif dan kreatif menangani isu keselamatan siber pada masa akan datang.

Latihan akan diadakan sebanyak 3 sesi dan setiap sesi adalah selama empat (4) hari. Pada hari terakhir peserta akan menduduki peperiksaan bagi mendapatkan pensijilan. Modul latihan adalah seperti di Lampiran A.

 

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B